"Ya Allah, tenangkanlah hati hambamu. Jauhilah hambamu dari kesusahan dan kesedihan. Kuatkanlah hati hambamu dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Amin"
Jam dah menunjukkan pukul 3.58 am. Tapi aku tetap tak boleh tidur. Start doing my homework, tetibe hati aku terdetik nak online. Aku bukak lappy then terus bukak twitter. Masa bukak tu, jumpalah twitter seorang hamba Allah ni yg baru balik dari Madinah al-Munawwarah. I know her. Then jumpa blog dia. I read and read sampai aku terbaca post dia pasal pengalaman dia pergi sana. Hati aku tersentuh. Start to thinking all my sins. Aku banyak dosa. Aku banyak lupa kat Allah. Lepas baca tu, aku start tuka semua yg ada dekat blog aku ni. Aku nak berubah. Aku nak jadi seorang umat Islam yang bukan sekadar atas nama Islam.
Aku nak berubah. Aku nak dekatkan diri aku dengan Allah. InsyaAllah aku memang nak berubah. Nak jadi anak yang solehah, yang tak melambatkan waktu solat, semualah. Ya Allah, tolong bantu aku.
Kawan-kawan, tolong bimbing aku yee :')
Aku seorang pembenci.
Aku benci dosa. Aku benci aku dulu. Aku benci bila diusik dengan kata kata luahan carutan yang menjadi bahan bualan dibibirku dahulu.
Pergilah wahai hawa nafsu yang jahil. Pergilah wahai dusta dusta lama. Pergilah wahai semua keburukan dalam jiwaku. Aku berpaling hina pada kalian.
Biarkan aku bebas dengan perjalanan cerita hijrahku. Biarkan aku bertapa di 'rumah' baru. Cukuplah ianya sederhana tapi menyenangkan. Bagaikan diulit rasa cinta dari Ilahi.
Pergilah dikau wahai jahiliyah. Aku mahu bebas terbang darimu.
Diulit rasa rindu pabila hidayah itu datang menerpa padaku. Aku cinta padamu wahai cik 'hidayah'. Aku terbuai rasa cintaNya. Terima kasih wahai sang Pencipta yang menghadirkan cintaMu melebihi cinta manusia yang tak pernah ditemui sebelum ini.
Terima kasih wahai sang Ilahi yang masih 'merindui' diri ini bersamaMu.
Ya Allah permudahkan segalanya. Urusan aku di atas duniaMu dan perjalanan hidupku di atas dunia dan di akhirat nanti. Aku memohn kepadaMu jadikan aku seorang insan yang kuat dan teguh dalam menempuhi cabaran dan dugaanMu Ya Allah. Aku memohon kepadaMu.
Allah's♥♥