Perempuan: Kenapa lelaki suka buat tak peduli dengan girl friend dia? Dia tak sayang ke dengan girl friend dia tu?
Lelaki: Siapa cakap lelaki tak sayang girl friend dia. Lelaki tu sayanglah. Cuma dia tak nak tunjuk aja. Lelaki kan memang lumrah dia ego. Buat rileks sudah.
Perempuan: Hah. Yalah tu kan. Tahu nak sokong lelaki aja.
Lelaki: Biasalah beb.
Perempuan: Kenapa lelaki bila sebelum dapat perempuan tu bukan main lagi ayat-ayat dia, ambil beratlah, cakap "I love you", beli hadiahlah. Tapi bila dah dapat tackle perempuan tu, semua yang lelaki tu buat sebelum ni semuanya dah tak ada. Apa kes, huh?
Lelaki: Ada sebablah kenapa dia buat macam tu.
Perempuan: Sebab apa?
Lelaki: Lelaki sebenarnya memang ego. Bila dia dah suka kat seseorang dan nak tackle perempuan, bermakna lelaki telah menjatuhkan ego dia yang selama ini dia banggakan tu.
Perempuan: Then?
Lelaki: Dulu, lelaki ni bersusah payahkan nak tackle perempuan tu. Sekarang, giliran perempuanlah cari diorang balik. Hahaha.
Perempuan: Erk. Sengallah jawapan tu.
Lelaki: Tak faham dengan perangai perempuanlah.
Perempuan: Apa yang tak faham? Habaq mai sini.
Lelaki: Perempuan ni memang suka mesej benda yang sama ke tiap-tiap hari?
Perempuan: Maksud?
Lelaki: Yalah. Mesej time pagi tanya dah makan ke belum. Time tengahari, petang, malam pun nak tanya.
Perempuan: Perempuan tu concernlah dekat boyfriend dia. Eh, yang kau emo ni apa kes?
Lelaki: Tak adalah emo. Rimas tahu tak. Asyik-asyik tanya benda yang sama. Tahulah lelaki tu nak makan ke tak kan. Bukannya dia tu budak kecil lagi kot. Dah macam mak.
Perempuan: Chilllah, beb. Nanti bila tak tanya kata tak ambil berat pula. Hahaha.
Perempuan: Lelaki kenapa dia suka tengok perempuan lain sedangkan dekat sebelah dia tu ada girl friend dia?
Lelaki: Dah naluri lelaki kan suka tengok perempuan. So, tengok aja lah.
Perempuan: Kadang-kadang ada perempuan seksi, mata tu tengok aja kat perempuan tu. Lelaki tu tak rasa ke yang dia telah melukakan hati girl friend dia?
Lelaki: Dekat situlah dia tahu girl friend dia cemburu. Lagi satu, normallah kalau lelaki nampak perempuan, dia tengok Boleh dikatakan lelaki bujang dan lelaki yang dah berkahwin pun akan tengok perempuan cantik. Kalau tak tengok maknanya lelaki tu tak normal. Hahaha.
Perempuan: Suka aja gelaklah.
mussy♥♥